Baru aku sedar , aku bukan siapa - siapa pun. Kalau betul semua yang berjalan "besar" Gajah , aku duduk tepi - tepi je. Duduk menangguk , tersisih.
Aku semut yang kecil , Gajah tak mungkin perasan kehadiran aku.
Aku semut yang kecil .
Tanpa rupa .
Tanpa nama .
Tanpa Jejak .
Tanpa perlu diingatkan.
Tanpa kenal erti wujud.
Tanpa glamour.
Ye , aku bukan siapa - siapa . Kenapa lambat sangat aku sedar. Mungkin satu hari nanti bila aku bertukar menjadi semut yang luar biasa saiznya. Mungkin di saat itu.
Baru si "besar" Gajah kenal .
Rupa aku.
Nama aku.
Jejak aku.
Ingatkan aku.
kewujudan aku.
aku tak perlu nak jadi hipokrit lagi , konon - konon aku ni peramah . baik. suka beri senyuman. Kalau benar aku diberi perubahan , jangan biar aku jadi hipokrit lagi.
sombong aku , jangan kesah.
masam aku , jangan kesah.
Peramah aku , jangan kesah.
Sebab aku dah penat menjadi bukan aku , untuk jadi "siapa - siapa" . Sedangkan aku bukan siapa - siapa.
Jadi , biar aku terus senyap , biar aku terus diam. Biar aku duduk me"nugu" . Biar aku jadi si "kecil" semut , yang tak perlukan apa - apa.
Biar aku terasa.
Biar aku tersisih.
Biar aku dipinggirkan.
Biar aku rasa tidak wujud.
Biar , biar dan biar aku terus berbesar berkecil hati.
Nyata aku sangat lambat untuk sedar ini semua.
Mujur masih "ada" yang mampu ingat ,
Rupa aku.
Nama aku.
Jejak aku.
Ingatkan aku.
kewujudan aku.
Keluarga , Chenta hati , Sahabat yang benar sahabat , Terima kasih kerana buat aku rasa "besar" walaupun aku rasa aku tak ubah seperti seekor semut "kecil".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan