Selasa, 1 November 2011

yang ku tahu

Aku tahu dia sedang renung aku , walau pandangan mata dia ke hadapan. Aku tahu dia sedang renung aku.

Sambil memerhati setiap satu apa yang ada di hadapannya , dia cuba mengalihkan pandangan aku bersama - samanya. Aku lihat dia , dia lihat aku. Kami terpaku bersama.

Dia tanya aku kenapa , aku tanya dia yang kenapa. Dia senyap sahaja , sedangkan aku tak beli pun Plaster untuk tutup mulutnya , telinganya , hidungnya. semuanya.

Dia diamm sahajaa..

dia beritahu aku , aku sayang kamu .ku angguk.
dia beritahu aku, aku rindu rindu.ku senyum
.dia beritahu aku
 aku mana marah dia . ku cakap tiada apa

Dia terus terdiam. Aku lihat lampu Jalan tepi - tepi semua bagai neon terbang - terbang. Jakun aku mahu tunjuk satu persatu , biar hati dia terhibur.

Dia tetap diam..mikir aku jadi buntu , apa sedang bermain dalam kepalanya yang satu itu.

Aku pandang tiang di seberang sana. Sambil main jeling - jeling dengan dia. Dalam hati aku..

Kalau ku tanya kau tentang cemburu , eh tdak , mana ada aku cemburu. Aku cool

Kalau ku tanya kau tentang perasaan , meh sini aku bisik pada telinga mu.

Bangangnya aku , kau tetap sayang aku.
Bebalnya aku , kau tetap kasih aku.
Naifnya aku , kau tetap jadi pelurus bagi aku.
Bengongnya aku , kau tetap rindu aku.
Gilanya aku , kau tetap tahan dengan aku.
Bodohnya aku , kau tetap cinta aku.
Cemburunya aku , kau tetap biar aku terus cemburu.

Mungkin saja kau nak uji aku. Kuatkan lagi kematangan yang belum matang ini.

Aku tersenyum , lepas tu aku ketawa. Dia tanya kenapa ? aku cakap tiada apa - apa. 

Aku terus tersenyum dan ketawa.
Dia terus diam bersama Seribu satu persoalan.

Tiang di hadapan ku terus tersenyum melihat aku bercakap sorang - sorang , bukan bisik pada jantung hati di hadapan.

Biarlah , aku tetap aku. Aku tahu dia sayang aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan