Selasa, 8 Oktober 2013
PERJALANAN KU SEPERTI PERAHU KERTAS(episod 7)
apa bila ramadhan menjelang tiba biasa di kampung akan di datangi anak2 universiti
pihak universiti akan memberi projek setiap group mereka selama sebulan untuk meningkatkan reputasi masing2 mereka akan di hantar ke kampung2 dan mengadakan pesantren kilat
aku juga tak mahu ketinggalan kerna ku tahu mereka juga akan banyak mengajar ilmu2 bermanfaat yg tak dapat aku pelajari di sekolah seminggu sebelum hari raya aidilfitri
mereka akan meminta kami untuk bermalam di rumah yg di sedia berhampiran masjid
selama 3 hari 3 malam kami akan berada di sana di waktu siang akan di adakan kelas
agama di waktu petang kami akan menolong kakak2 univesiti semasak untuk juadah berbuka nantinya mula2 kami hanya akan di sediakan minuman dan sejenis kuih
kami akan solat magrib di masjid dan baru akan makan-makanan berat sementara menunggu waktu isya' yg perempuan akan mengemas dan mencuci piring yang telah di gunakan semasa berbuka yang lelaki akan membantu membersihkan masjid untuk solat insya' dan terawih
tiba waktu insya' kami akan bersiap untuk ke masjid biasa ibu ku juga sudah sampai di masjid dan kami akan berjemaah bersama2 selepas insya' salah satu dari anak univesiti akan berceramah sehingga solat terawih dan lepas terawih kami akan bertadarus sampai jam 12 waktunya tidur kerna jam 5 esok nya semua harus bangun
hari terakhir di sana mereka akan mengadakan pertandingan,pengaji,solat fardhu,solat jenazah dan menghafal syurah aku akan menyertai semua pertandingan meskipon aku tahu aku tak terlalu bagus dan baru belajar tentang nya hati ku kuat mahu mencuba alhamdulillah berkat usaha dan kakak2 yang mengajar aku berjaya mendapat no 4 dalam mengaji,no 1 solat fardhu,no 3 solat jenazah
hanya mengikuti kegiatan2 seperti itu aku mendapat ilmu2 yg boleh aku pelajari tentang agama kerna untuk membayar seorang ustazah/ustazd yg pastinya orang tua ku tak mampu
maka dari itu aku menggunakan peluang emas ini supaya aku bisa mengenal allah dan islam lebih dalam lagi
meski baru 10 tahu aku tetap punya ke inginan menjadi manusia yg baik meskipon tak akan menjadi yang terbaik....bersambung,,,,,,,,,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan