Rabu, 9 Oktober 2013
PERJALANAN KU SEPERTI PERAHU KERTAS(episod 8)
sebelum aidilfitri menjelang keluarga ku juga sibuk membeli keperluan tp kami hanya akan menyambut dengan sederhana ibu ku juga akan menyediakan rendang dan sebagainya buat lebaran sedangkan kakak ku seminggu sebelum raya sibuk membuat kuih dan beraneka biskut raya aku dan adik ku hanya akan memerhati kerna kakak ku tak membenarkan aku untuk membantu katanya aku tak bisa buat kuih hanya akan melambatkan kerjanya
masih segar di fikiran ku dan tak kan pernah lupa ketika umur ku 12 tahun 3 hari sebelum raya aku masih blom membeli/mempunyai baju raya sdgkan kakak ku membeli 2 pasang baju raya dgn duit nya sendiri,kedua adik ku pula sudah d belikan ibu awal puasa di hari ibu ku mahu ke pekan membelikan adik2 ku baju dia juga turut mengajak ku kata ku kepada ibu aku akan ke pekan 3 hari sebelum raya dengan ibu bapa kawan ku untuk beli baju aku mempunyai duit yg cukup untuk membeli 2 pasang baju
bukan kerna orang tua ku pilih kasih atau tak mahu membelikan ku cuma aku tak mahu kakak ku berkecil hati nantinya kerna 3 org dari anak ibu di belikan baju sedangkan dia harus memakai duitnya sendiri maka dari itu aku mengambil duit tabungan ku selama setahun untuk beli baju dan kasut
ketika aku ke pekan bersama kawan ku duit yang tadi nya untuk membeli baju dan kasut hilang
aku menangis ibu kawan ku membelikan ku sepasang kasut dan aku pulang sesampai di rumah ibu ku bertanya mana yg aku beli di pekan tadi ibu mahu melihatnya aku terdiam tampa jawapan,kakak ku mencelah katanya duitnya hilang aku terus menangis
kata ayah ku jgn menangis ayah ada duit untk beli baju esok pergi ke pekan bersama ibu beli baju ya,2 hari lagi dah nak raya nanti semua orang ada baju raya kamu tidak,aku tahu duit yg ayah maksudkan itu adalah duit untuk beli daging,ayam dan keperluan lain buat juadan di hari raya tp dia memberikan duit itu untuk menggantikan duit ku yg hilang,kata ku nanti nak beli daging dan ayam nak cari duit dari mana
ayah ku menjawab dgn tenang esok ayah ke kebun insyaallah sebelum raya ayah dptkan hasilnya,dgn berat hati aku mengambil duit itu kata kakak aku anak manja,anak kesayangan org tua ku apa yg aku inginkan selalu di penuhi sdgkan aku merasa org tua kami tidak memilih kasih sama sekali
ke esok kan harinya aku ke pekan bersama mak long kerna ibu mahu membantu ayah ku di kebun sesampai di pekan aku membeli sepasang baju dan selebihnya aku belikan,ayam,bawang,cili,kopi,teh,susu,gula,dan selebih nya aku bawa pulang,alhamdullah kami menyambut hari raya dgn gembira sama mcm org2 lain meski tak mewah tp kami cukup gembira,,,,,,bersambung.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan